Sos tiram dalam masakan harian tak akan lekang dekat dapur setiap rumah. Tapi korang tau tak ada perbezaan bahan dan kualiti dalam setiap jenama sos tiram? Ada yang tinggi kandungan tiram dan ada juga yg sekadar guna perisa tiruan. Apa pilihan korg? Jom kita bezakan!
Untuk post aku ni, korang akan perlu refer pada gambar untuk tengok list of ingredients ya.
Bila korang beli, pastikan korang tengok pada label makanan tersebut. Lihat pada turutan bahan-bahan. Tips ni korang boleh guna untuk semua barang makanan lain atau segala jenis barang macam skincare, minimum, dan sebagainya.
Bahan utama akan berada dihadapan. Itu bermakna kandungan bahan itu tinggi. Sebagai contoh dalam gambar, Water, Sugar, Salt, Yeast Extract, …
Jadi, kandungan bahan utama yang banyak terkandung dalam jenama item ni adalah air, diikuti gula, garam. Dan ianya juga menggunakan bahan perasa dan pengganti dalam Sos Tiram ni. Perasa tiram jauh di bawah. Sedikit digunakan.
Jadinya, konsep dekat sini, korang akan tau jenama mana yang guna sos tiram yang berkualiti dan kurang bahan pengganti. Ada perbezaan rasa juga bila pakai yang tinggi ekstrak tiramnya. Plihan ditangan korang!
Kalau korang mencari Sos Tiram yang tinggi ekstrak tiram dan berkualiti, kurang bahan pengawet, tiada sulfur, boleh cari jenama Lee Kum Kee, Premium Oyster Sauce. Harga memang mahal berbanding jenama lain. Dalam banyak-banyak jenama yang aku intai, brand ini yang okay.
Sekarang korang dah gain some knowledge! Selamat membeli dengan bijak!
Jangan lupa Like dan Share untuk kawan-kawan lain tau juga! ❤